Saturday 17 December 2011

Wanita ciptaan istimewa....^^'

Guys...yang ni...Liona forwardkan dari emel yang Liona terima.....ia sememangnya bermanfaat...

Wanita ciptaan istimewa...

1)      Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki terletak sejauh mana ia menahan(menjaga) marahnya...

2)      Orang yang membujang adaah orang yang belum menemui penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin...

3)      Suami ialah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya...

4)      Wanita menghadapi banyak masalah..sebahagian diatasi dengan berkahwin...dan sebahagian yang lain ketika dia masuk ke liang lahad...

5)      Mata yang paling indah tetapi harus diwaspadai adalah mata kaum wanita..

6)      Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika dia menerima anda sebagai suaminya...

7)      Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki....

8)      Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami...dan apabila ia sudah memperolehinya ia menginginkan segalanya...

9)      Wanita bisa memaafkan sesuatu pengkhianatan dalam sesuatu hubungan bersama orang yang dicintai tetapi sukar melupakannya..

10)   Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya..

11)   Sebelum kahwin...wanita hafal seluruh jawapan..setelah berkahwin...wanita hafal semua pertanyaan...

12)   Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya..

13)   Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki...tanpanya...lelaki bermalam dalam kegelapan...

14)   Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis...dan dalam mengingatkan peistiwa yang menyebabkan dia menangis...

15)   Wanita tertawa apabila dia mampu..dan menangis apabila dia menginginkan sesuatu...

16)   Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mamp menjadikan suaminya sebagai teman termulia...

17)   Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci serta tidak mengenal erti pertengahan..

18)   Wanita selalu tergolong dalam golongan yang halus dan lembut sampai saat dia berkahwin...

19)   Tidak mungkin seorang suami hidup bahagia tanpa didampingi isteri yang mulia...

20)   Wanita hidup ntuk berbahagia dengan cinta...sementara lelaki mencintai untuk hidup bahagia..

21)   Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya...

22)   Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara bersama suaminya..dan mengurangi garam pada ucapan suaminya...

23)   Cincin perkahwinan merupakan cincin termahal di dunia...sebab mengharuskan pemberinya mengingat harganya setiap bulan tanpa henti...

24)   Sesungguhnya tiada wanita yang tersangat cantik...yang ada hanyalah kaum lelaki yang sangat lemah berhadapan dengan kecantikan...

25)   Bagi lelaki..yang terakhir sekali mati adalah jantungnya manakala bagi wanita..yang terakhir sekali mati adalah lidahnya...

26)   Wanita tidak dicipta untuk dikagumi semua lelaki..tetapi...sebagai sumber kebahagiaan seorang suami..

27)   Pada waktu bertunang..lelaki banyak berbicara...dan wanita mendengarkan...pada saat perkahwinan....wanita berbicara dan lelaki mendengarkan...sesudah perkahwinan....suami dan isteri banyak berbicara....dan jiran mendengarkan...

28)   Setiap wanita mempunyai 2 mata...adapun wanita yang kuat cemburu mempunyai 3 mata....1 dsebelah kanan..1 dsebelah kiri...dan 1 diarahkan kepada suaminya...

29)   Wanita pada umumnya takut pada 3 hal....: tikus, munculnya uban dan wanita2 cantik yang menjadi saingannya...

30)   Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suami..

31)   Seorang wanita berada dalam kesulitan apabila berada di antara lelaki yang mencintainya dan dicintainya....



Okay kaum adam....fikirkanlah...tanpa kaum hawa..apa akan jadi pada kalian?????

No comments:

Post a Comment